Selasa, 29 November 2011

Neoplasia ???


hati x tentu..
kenapa begini ??
kenapa aku sedih.?
luaran nampak ceria , tapi...
dalaman macam mana ??

"neoplasia dlm hati"
wujud ke ?
aku nampak normal..
tapi hatiku sakit..
rasa membengkak !!
it swelling , pain 
but x nampak the redness n x feel the heat !!
tapi hatiku x tenang...

mungkin aku menjauh dari DIA..
aku rasa semak.. serabut..
aku tiba2 RINDU kn "rindu" DIA..

Ya ALLAh , 
Kembalikan rinduMU padaku..
agar aku terus istiqamah n menCINTAi MU..
agar aku tenang dgn perlindunganMU..
agar aku hidup atas CINTAMU..

ku mohon ya ALLAh..
kembalikanlah rinduMu padaku..
kerana aku Merindui RINDUMu...
tetapkanlah aku dengan CINTAMU 
ya ALLAh ,
pencipta yang berhak kepada CINTAku !!!
 

Sabtu, 26 November 2011

parasitology


parasite !! parasite !! parasite !!!
aku benci parasite ...
nape masih ada parasite dalam diriku ??
mengapa aku x boleh remove parasite2 nie ??
aku nk bebas dari parasite ..
aku nk jadi neutral !!!

tolong la keluar dari diriku wahai parasite..
kau pemusnah impianku..
tika aku semangat utk belajar ..

tolong keluar dari diriku parasites !!!!! 

keluarrrrr................


Sabtu, 19 November 2011

ukhuwwahFILLAH ! ! !


langkah bismilah di dahulukan..
perjalanan hidup hari ini bermula pada awal pagi
pemakaian yg memenuhi tuntutNYA menjadi pilihan..
alhamdulillah dia memberiku kekuatan dgn pakaian ini..

berkumpul di lobi fakulti bersama sahabat2 membuat hatiku rawan..
x sabar n berdebar2 utk menemui keluarga angkat buat pertama kali..
walaupun berhimpit2 dlm bas semasa perjalanan..
tetapi ia memberi kenangan pada kami semua..

sungguh ku x sangka..
aku kn mendapat keluarga angkat yg baik..
muda n boleh berkongsi isu2 bersama..
aku suka keluarga itu..
anak2 akak ku anggap seperti adik2 ku sendiri..
ku temui insan2 yg membuatkn ku gembira di sini even berjauhan dr family ku..




                            ...........terima kasih ya ALLAh sbb kirim mereka kepadaku.... 



~~~~~~~ muara tuang , samarahan , SARAWAk < 19 november 2011 > ~~~~~~


Jumaat, 18 November 2011

mampukah aku menjadi seorang RABIAH ??


kehidupan umpama pelayaran sebuah kapal ke sebuah pulau impian..
pulau itu x dpt di lihat oleh mata , tapi boleh terbayang dek minda..
perjalanan ke pulau itu penuh dengan dugaan n rintangan..
kadang2 kita seolah2 penat dgn semua ujian yg mendatang..

tersungkur di medan perhitungan 
terbatas dengan masa yg suntuk.
sibuk dengan masa yg 24 jam
hinggakan kita merasa hilangnya masa utk pengisian perlayaran ini..

bekalan pelayaran perlu kita cukupkn..
walaupun kita x dapat sempurnakan bekalan sebelum kita belayar..
tidak bermakna kita x boleh mencari bekalan baru semasa pelayaran..
yg paling penting adalah matlamat kita..
dapat menjejakkn kaki di pulau impian..
INSYAALLAH...


/
/
/
/
di atas adalah analogi matlamat sebenar kita di hidupkn..
tersirat maksud2 yg menjelaskn mengapa kita diwajibkn solat , di galakkan sedekah 
dan membuat amal islami yg lain..

pulau impian diumpamakan syurga , 
di mana pelayaran itu adalah perjalan hidup kita di dunia ini..
perjalanan yg mana kita berusaha mengumpul n melakukan amal kebajikan 
untuk bekalan di hari akhirat..

solat , puasa , zakat , haji , sedekah , bantu orang lain..
dari sebesar2 perkara wajib hingga sekecil2 perkara sunat 
semua itu akan dihitung olehNYA 
sebagai bekalan kita di sana..

tetapi pernahkah kita tahu..
bahawa ALLAH bukan menilai seseorang itu untuk ke syurga melalui amal nya..
tetapi ALLAh menilai seseorang itu melalui KEIKHLASANNYA ..
keikhlasan dalam melaksanakan perintahNYA..
kecintaan kepada DIA..

kita perlu tahu bahawa ..
bukan amalan kita yg menempatkn kita di syurga..
tetapi REDHA ALLAH itulah kunci syurga milikNYA..


kadang2 kita lupa satu perkara..
kita cuma ingat bahawa dgn amalan kita sahaja kita boleh ke SYURGA DIA..
tetapi kita terlupa perkara terbesar yg di tuntut olehNYA..
iaitu... DAKWAH..

x lengkap seseorang mukmin itu tanpa DAKWAh..
ALLLAh menyeru kita utk berdakwah ..
dari sekecil2 perkara hingga sebesar2 perkara..
hakikat diri kita adalah tidak sempurna..
if kita tunggu masa kita sempurna baru kita nk jalankn dakwah..
agak2nya bila masa akan tiba ??

mulalah dakwah kita even that thing is a simple thing..
sebab sekali kita menolong sebarkn agama ALLAH ,
berkali2 ALLAh akan menolong kita..
even perkara yg kita dakwah itu adalah perkara yg remeh..

ingatlah... 
jika kita menolong agama ALLAH..
ALLAH akan mempermudahkan urusan kita..
dan kita berjaya ke syurga milik DIA dengan redha n rahmat dariNYA.
INSYAALLAH...




~~~~~ jazakkallah~~~
....ingatan utk penulis n pembaca2... 
:
:
:
perbetulkan niat kita..
ikhlaskn hati...


Rabu, 16 November 2011

sedikit Pengisian semasa di Bintulu


kali nie kita bicara mengenai pengisian di sana...
pengisian ini di buat pada waktu malam
oleh akhi Firdaus Syah di Madrasah Al - Quran bintulu..

pengisian ini adalah bertajauk " ASAS2 ISLAM "
klu tengok tajuk mmng simple..
tetapi hakikatnya adalah amat penting..
pernah tengok x rumah tanpa asas ??
xde bukan...

so makna disebaliknya adalah..
menjadi seorang yg islam perlu tahu , faham serta beramal dgn asas2nya..

aku terkesan bila akhi firdaus tnya ..
" apakah asas2 islam ?? "
terkaku n x tahu apa nk jawab...
sbb x penah amik tahu pun..
layakkah aku digelar islam ??
sedangkan asas2 islam pun x tahu...
hati rasa kosong.. !!
akhi tengok wajah adik2 di hadapannya tiada riak..
akhi pun mulakan bicara..

kata akhi...        :                                                    
asas pertama2nya adalah 
MENGAPA agama ISLAM ITU DI NAMAKAN ISLAM ??
pernah x kita terfikir ??
klu kita tengok agama2 lain, nama agama diowang semua berasal dari nama pengasas 
atau kaum dan sebagainya..
contohnya agama Budha dari pada Guatama Budha..
klu agama Yahudi dari nama kabilah Yahuda
demikianlah seterusnya..

pernah x kita berfikir , mengapa islam x diberi nama "Muhammad" sedangkan Banginda SAW
adalah orang pertama yg beriman ?/?
mengapa ?
^
^
^
sebabnya adalah agama islam ini adalah agama dari ALLAH
Allah yg memberi Wahyu kepada Rasulullah untuk menyebarkan agama islam..
tetapi mngapa sebilangan dari kita umat MUhammad masih lagi murtad ??
adakah disebabkan ASAS2 Islam yg tidak kukuh ??
fikir2 serta renungknlah..



kemudian akhi firdaus menceritakan tentang erti islam yg sebenar..
ISLAM adalah bermaksud " tunduk patuh pada perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNYA
tanpa bantahan "
maksudnya setiap makhluk yang mengikut fitrah yg ALLAh tentukan adalah islam
sbbnya , mereka mematuhi perintah ALLAh n Meniggalkn laranganNYA tanpa sebarang bantahan..
which means , semua benda yg ada sekeliling kita nie adalah ISLAM@MUSLIM
contohnya ; kipas angin yg berputar . kipas mmg diciptakan untuk berputar..
dan ia mengikut apa yg telah ditetapkn padanya..
ini bermakna kipas adalah islam..
begitu juga dengan yg lain..

tetapi manusia mempunyai akal..
selalu menyoal mengapa diperintahkan sebegitu , mengapa x sebengini ??
pikir2kn... 

so , kepada insan2 yg ingin berubah kepada ALLAh..
janganlah anda takot atau malu2..
kerana hakikat sebenarnya disekeliling kita adalah ISlam..
kereta , pokok , pintu , laptop dan semuanya adalah Islam..

usah takot atau malu pada manusia jika nk berubah ke arah ALLAh , 
manusia bukan pencipta yang menentukan segalanya...
+
+
+
+
+

sedikit sebanyak pengisian dan ilmu dari akhi firdaus yg dapat dikongsi..
semasa jaulah Bintulu
*
*
*
*
 * 
biar susah perjalanan mencari redha ALLAH ,
~~InsyaALLAh asalkan pengakhiran yg ditemui adalah cukup INDAH~~




Selasa, 15 November 2011

Merantau ke bumi Bintulu

Alhamdulillah... 
hanya DIA yg tahu apa yg terbaik utk hambaNYA...
perjalanan 12 jam dari kuching ke bintulu
adalah satu pemusafiran yg memberi bnyak input n pengalaman baru bagiku..

sesudah solat sunat musafir ..
bermulalah perjalanan mencari redha ALLAH ..
tika malam kelam diterangi cahaya bulan 15 zulhijrah 1432 h..
berpayung perlindungan n jagaan dari ALLAh kami sampai di bumi bintulu pada 6 pagi..
bersolat subuh di sebuah petronas.
dan kemudian menyambung jaulah ke pasar untuk mencari sarapan..

perjalan dari kuching ke sibu lancar tetapi perjalanan dari sibu ke bintulu agak menyukarkan.. 
kerana keadaan jalannya yg tidak rata membuatkan setiap tubuh x lena dek tido...

ketibaan di bintulu disambut oleh sahabat2 ..
kami dibawa ke pantai tanjung batu.. 
setiap langkah kaki kami adalah keranaNYA..
bertemu berpisah keranaNYA..


selepas puas ber rehlah di pantai , kami meneruskan jaulah ke plant minyak di bintulu..


kemudian ke menara di situ dpt lihat permandangan nie :) 





pada sebelah petang pulak... kami berjalan2 di waterfront smbil menikmati keindahan senja di bintulu
  



banyak pengalam yg ku peroleh di bumi bintulu ini...
ukhuwah yg terbina kukuh menjadi wasilah diriku mendekatiNYA..
sahabat2 yg sentiasa mengingati akan hakikat kehidupan..
terima kasih sahabat2ku..
 
 
 
~~~~ ukhuwahfillah ~~~~

Selasa, 1 November 2011

hypoglacimia vs hypertension

salam ukhuwahfillah....

1 november 2011 ....
 tarikh hari ini...
dah lama rupanya x mencoret disini..
bukan sengaja, tetapi masa begitu singkat serta pendek untuk insan bernama pelajar..
dengan tugasan kuliah ditambah tugasan persatuan membuatkan masa 24 jam yg ALLAh beri terasa pendek .

namun , itu bukan bermakna diri ini tidak mensyukuri nikmat yg diberi..
tetapi itu maknanya , insan ini tak bijak mengurus masa sendiri..
ingatlah.. semua org memperoleh masa 24 jam yg sama..

kebijaksanaan itulah yg membezakan setiap orang..

minggu ini , minggu peperiksaan pertama ku sebagai seorang pelajar perubatan..
macam2 situasi ku berhadapan.. sibuk dengan pengurusan untuk majlis raya haji , dgn surat2 n memo2 yg perlu diuruskan.. 
tetapi... bila niatkan semuanya kerana ALLAH.. perjalanan persiapan jd mudah.. 
masa teratur.. even sibuk dgn benda lain , tetapi masih ada masa utk study sendiri..

kadang2 menangis bila pikir org jauh.. rindu +rindu+rindu....
baru kini tahu indahnya perasaan RINDU yg ALLAH bg itu...

insyaALLAh akanku ingat n hargai semuanya...

moga perjalan hidup disini lebih bermakna untuk agamaNYA... 

~~~ jazakkallah ~~~



Sabtu, 1 Oktober 2011

nisa

Posted by Picasa

Isnin, 26 September 2011

HAKIKAT KEHIDUPAN DI BUMI BERTUAH INI

salam ukhuwahfillah...

dh 3 minggu aku di bumi sarawak..
dh 2 minggu pembelajaran bermula..
bermacam2 info baru aku dapat..
belajar dlm fullly english kadang2 agak memberi tekanan sedikit..
tetapi apa2 pun itulah hakikat kehidupan..
jika zaman kesultanan melayu  melaka bahasa melayu menjadi 'lingua franca"
tetapi sekrang bahasa ingggeris perlu dikuasai utk membolehkln interaksi dgn dunia luar..
apa2 pun.. aku perlu belajar untuk adapt dgn suasana tersebut..

jangan putus asa wahai diriku...

Rabu, 21 September 2011

2 minggu aku disini..

salam perantauan...

hidup memakmurkan bumi ILLAHI..
beribadah kepadaNYA yg ESA..

2 matlamat n tujuan sebenar manusia diciptakan...

cuba fikirkan dlm diri sendiri...
sejauh manakah matlamat utama ini kita capai..

sekorban manakah kita berjuang utknya..

renung2kn ..



_______________ sekadar perkongsian & peringatan kpd diri penulis sendiri ____________

Jumaat, 9 September 2011

kini ku merantau

salam ukhuwahfillah....

aku redha dengan ketentuannya...
menghantarku ke sini untuk menimba setitis drpd ilmu milikNYA....
di sini ku temu insan2 yang baik...
yg sudi berkawan denganku..
berkogsi pendapat..
pandangan
serta.. mengukir senyum tawa di bibir ku...

terima kasih ya ALLAH kerana mengirim mereka utk bersama-sama dgn ku..

moga perjalan hidupku di sini diREDHAI-MU....

Jumaat, 26 Ogos 2011

ISTIKHARAH CINTAKU


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


diistikharah cinta..

Sabtu, 13 Ogos 2011

APA ITU IKHTILAT ?






Persoalan Ikhtilat
Apa tu?
-Percampuran antra lelaki dan perempuan samada scara bersendirian atau scara berkumpulan.
 Hukumnya???
-         Pada asanya HARAM, bukan harus.
-         Pergaulan anrat sama jantina harus, tapi lain jantina haram…
 2 keadaan yg diharuskan menurut Syeikh Abd. Karim Zaidan:
 Pertama: Harus krn Terpaksa ( Dhorurah )
 Cthnya: Seorg lelaki ajnabi mendapati seorg. Wanita ajnabi bersendirian di jln., jauh dr kump manusia., maka dia harus menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya.
-         Pada waktu ini hokum menumpangkannya wajib tanpa khilaf.
 Cth. Lain :
Lelaki ajnabi melarikan wanita dgn tujuan menyelamatkannya drpd diperkosa jika tiada jln lain.

Kedua: Harus kerana Keperluan (Hajat)
 Ulama berkata hajat mengambil peranan dhorurah dlm mengharuskan perkara haram.
Bbrp keperluan yg diharuskan ikhtilat:
1)      Ikhtilat krn urusan jualbeli
-         dgn syarat tidak berlaku khulwat dan memlihara adab pergaulan.
2)      Ikhtilat krn kerja Kehakiman
     3)      Ikhtilat krn menjadi Saksi sesuatu kes 
4)      Ikhtilat krn Amar Ma’ruf Nahi Munkar 
5)      Ikhtilat krn melayan tetamu dgn alas an yg syar’ie spt dgn tujuan melayan tetamu. 
6)      Ikhtilat krn memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.
-         Muslim meriwayatkan sebuah keluarga yg ingin memuliakan Rasulullah s.a.w. dgn bertamukan baginda. Oleh krn tiada makanan, mrk memadamkan api dan memperlihatkan bhw mrk makan bersama baginda.
-         Ini bererti bhw orang ansor dan isterinya duduk bersama tetamu utk makan bersama walaupun tidak makan, krn memuliakan tetamu.
 7)      Ikhtilat dlm Kenderaan Awam
-         terpaksa berhimpit dalam bas 
8)      Ikhtilat dlm kerja Jihad
-         spt merawat pesakit  
9)      Ikhtilat utk Tujuan Belajar atau mendengar Nasihat 
10) Ikhtilat dlm suasana yg telah menjadi adat kebiasaan
-         cthnya: percampuran ktk menziarahi sanak saudara 
Tapi ada ADABnya:
·        Ucapan ma’ruf dan sopan
·        Menundukkan pandangan
·        Tidak berkhalwat
·        Menghindari tpt syubhah 
     Adab khas utk wanita:
·        Iltizam dgn pakaian Islam
·        SERIUS dalam ucapan
·        Menjaga pergerakan.

Jadi jaga2x lah time kt bergaul sesama lain jantina yek…especially dlm chatting, sms, yahoo messenger, talipon….beringat2xlah takut kite terjerat dalam usaha kafir merosakkan umat Islam… 
Jom kita sama2x perbaiki diri kalo dah pernah buat atau terlanjur melibatkan diri…
Seronok mmg seronok, tapi...Fikir2xkanlah hukumnya dlm Islam….
Astaghfirullahal 'azim jika ana ade terlibat same... 
“Ballighu ‘anni walau aayah.”

Jumaat, 29 Julai 2011

AKU RINDU MEREKA


detik berganti detik , hari bersilih hari , bulan saling berlari... salam ukhuwah saudara2ku.. sungguh ku rindu utk mencoret isi hati.. setelah perjuangan di medan matrik telah ku tamatkn 3 bulan yg lalu.. pengalaman di medan itu sedikit mematangkn aku dr segi penerimaan terhadap umum . keterbukaan dengan idea insan lain .. menguruskn perasaan sendiri. serta mengasingkan kepentingan , keperluan dengan kehendak sebaikny.. setahun di sana , ukhuwah yg terbina amat kukuh antara aku & mereka.. saat ini kerinduan yg membaluti jiwa. perpisahan yg tercipta 3 bulan lalu bgaikan masih segar di mindaku.. gelak tawa mereka masih terngiang2 di telingaku.. bayangan senda mereka masih terlayar ditubir mataku..pesanan , nasihat & ungkapan terakhir mereka masih bermain diingatanku.. sungguh aku rindu bertemu mereka.. sahabat.. di manakah kamu ?? biarpun kita terpisah dek jarak , terhalang dek masa ku harap tali ukhuwah yg telah kita bina masih kukuh terjaga.. jarak bukan penghalang sesuatu ikatan , yg penting adalah hati yg saling mengingati serta doa yg saling mengutusi.. ku percaya , bahawa bila kita menjaga hubungan dgn DIA maka DIA akn memelihara ukhuwah kita bersama...alangkah indahnya jika kita dapat kembali bersama . bertemu , bemesra berkongsi cerita.. meluah rasa hati serta pendapat bersama.semua ini boleh ditemu kembali jika kita merancang pertemuan dan pertemuan ini diredhai NYA.. doakn lah sahabat2ku.. insyaALLAh , DIA maha mendengar.. moga kita dipertemukn olehnya lagi wahai sahabat2 seperjuanganku yg di sayangi walaupun hanya berkenalan dalam jangka waktu yg begitu singkat <3

Selasa, 26 Julai 2011

INI TITIK PERMULAAN KU


salam ikhuwahfillah saudara2 ku yg dikasihi kerana-NYA

kini ku kembali mencoret isi hati , kata nurani akan takdirNYA..

ku kini melangkah setapak lg dari alam matrikulasi ke alam universiti..
hakikat kehidupan sebelum ini , ku sentiasa berdekatan dgn keluargaku
tp detik ini hidup di perantauan akan menjadi lumrahku...
berjauhan di sana seorang diri , mencari kekuatan dan kelebihan diri..
menguji hati nurani akan takdir ini..

biarpun apa kn berlaku.. ku letakkn REDHA sebagai yg utama...
kerana setiap yg berlaku pasti ada hikmah serta ibrah di sebaliknya...

ya ALLAH dengan hati ini, aku REDHA dengan takdirMU..

merantau menimba ilmu di sana, universiti malaysia sarawak , kota samarahan , kuching , sarawak kepulauan Borneo yg dicipta indahMU utkku menikmati serta hargai salah satu ANUGERAH terindahmu...

Ahad, 10 Julai 2011

BICARA HATI SEORANG PEREMPUAN


Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku – seorang perempuan
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya……

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi
Namun
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian
Putera-puteranya di medan jihad :
“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan
Kecintaan padaMu Ya Ilahi

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
“ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……..”

wassalam,
Damba CintaNya
FirdausSyahid

Ahad, 26 Jun 2011

KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA WAKTU, PUASA dan SYAFAAT NABI SAW


Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat- kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab (terhampir).'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.' Sabda Rasullullah S.A.W. : 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.‘

Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?

Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.' Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan'. Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (attammah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

Dibebaskan dari api neraka.

Dibebaskan dari nifaq (sifat munafik).

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya'. Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’ Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:

Akan dicairkan daging haram yang tumbuh di badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).

Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).

Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.

Allah S.W.T. akan memberinya balasan syurga.'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.' Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)