Selasa, 29 November 2016

I'M BACK !!!

fuhhh.. fuhhh.. fuhhhh..(tiup dengan pipi kembung )
berhabuk-habuk blog aku

assalamualaikum & salam sejahtera..

setahun tak bukak & pos apa-apa.

last post pun pasal 1st day travel kapit yang dah 1 tahun lepas. tu pun baru sampai sibu, tak masuk kapit lagi. hahaha
mesti ada yang ingat aku tengelam dengan express kapit@bot/feri panjang yang aku naik masuk pedalaman menongkah arus sungai Rajang yang banyak pak libas tuh. sebab sampai setahun tak update-update blog 😂.

al maklumlah, masuk tempat baru tu excited sampai 1 tahun terlupa nak update blog 😁.

balik kapit sibuk pi travel negara jiran @singapura dengan kawan sekolah aku dulu. bajet travel je.
after balik travel yang 3 hari 2 malam tu, terus masuk final year school medicine.

buzy tu tak payah kira la, siang malam mengadap buku, pagi petang pi hospital belajar pasal pesakit ( tu sepatutnya la, tapi selalunya sempat ja nak tengok cerita korea malam-malam.. hahaha). but alhamdulillah after bertungkus lumus, pecah kepala otak, kepala lutut dan sebagainya, aku lulus final professional exam dengan tenang, aman & damai. sebab tu la, lani bleh update blog plak sebab masa melimpah ruah sampai tak tau nak buat apa-apa untuk bergembira tiap-tiap hari.

i feel like i want to study again and again sebab bila dalam suasana pembelajaran, ada teaching dengan lecturer, ada kawan untuk disscuss, ada patient untuk dibaca case note, aku rasa otak aku ni berjalan la jugak, berkembang-membang sebab berfikir, sel-sel otak berhubung (baca ala-ala iklan susu enfa-grow tu.. hehe). beza dengan sekarang aku tengah menganggur tunggu pengilan interview untuk Housemenship before dapat pilih placement. almaklumlah, kami la ni dah jadi DOKTOR KONTRAK .. hhaha

but semenjak 3 bulan menganggur nih, aku try bidang baru plak. nak cari ilmu & pengalaman baru la kan. untuk upkan sikit hidup sendiri.. (bajet nak luas pengetahuan).  so ilmu baru yang aku timba setelah bergelar penganggur separuh masa ni adalah ilmu bisness. seriously nak cerita, aku daripada kecik sampai l besar, aku xpernah ada pengalaman berniaga nih. masa hari kantin aku xpernah amik tempat nak jadi penjual, tapi pembeli selalu la.. 😄 . walaupun macam tu, its not too late for us untuk belajar berniaga sekarang. as we know that, berniaga ni 9/10 adalah sumber rezeki kita ( maafkan aku klu ayat tu tak betui, sebab aku rasa macam pelik ja bila baca .. )

so, i try la bisness SHAKLEE sebab aku pengguna & pengamal SUPPLEMENT shaklee kan. mesti la nak harga ahli, so bila aku jadi ahli, aku pun automatik jadi SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID) sekali. so bila dah jadi sid, aku pun bleh buat bisness jual supplement kepada sesiapa yang nak supplement untuk sihat, cantik, kurus dan sebagainya. banyak jenis supplement shaklee ni. but yang aku amik adalah vit c, vit e, esp & alfalfa. and aku dapat rasai #shakleeeffect tu.. haha. so, mostly aku tolong la sapa2 nak supplement tu dengan harga special 😄😄 dengan tolong consult sekali dengan ilmu kesihatan yang aku ada. nasihat apa yang patut buat, apa yang tak patut buat :D  dapat la jugak duit poket sendiri lepas la nak tampung bill telefon sendiri.. dan banyak jugak bonus shaklee nih :D.. alhamdulillah
.
selain ilmu bisness, aku jugak menimba pasal ilmu pengurusan. aku reja kat kedai dobi, so belajar la serba sedikit pasal nak urus kedai, sistem-sistem dobi, cara serve customers yang sungguh pelbagai kerenah manusia. tu belum ada amsalah, klu yang ada masalah lagi la berat kepala..
.
but it interesting la dapat ilmu yang macam-macam.
.
panjang plak pos 'come back' aku sebelum tido nih..
nanti aku sambung dengan pos len cerita pasal pengalaman-pengalaman yang banyak sepanjang setahun aku tak update, pasal 'MISI KE KAPIT', 'MISI KE LONG BUSANG', kisah travel bajet aku tu, kisah final year medicine tu, kisah SAHKLEE, kisah DOBI dan sebangainya 😂 hahahaha..

doakan supaya ini bukan pos terakhir aku untuk tahun 2016, hehehehe

bye-bye.. assalamualikum, see you again blog kasutbaldu :D