Ahad, 31 Oktober 2010

tips mudah bangun subuh


Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.

Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.

Sabtu, 30 Oktober 2010

< ciri-ciri teman hidup yg baik >


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.


2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.



6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Rabu, 27 Oktober 2010

fadilat doa antara dua sujud



Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.


Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.


Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..



Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita


betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

5 bulan diperantauan..




bismillahirahmanirrahim....

5 bulan ku lalui hidup baru , bertemu sahabat baru , tempat baru , kerenah2 yg baru ,
menjadikan aku lebih matang dalam kehidupan... menyesuaikan diri dengan semua ini menguji imanku... ada yg mudah bagiku , ada yg susah bg ku..

alhamdulillah , sekarang aku dh bisa menyesuaiknnya... tp mengambil masa juga... orang selalu kata cabaran dan ujian itu meningkatkn keimanan di jiwa. ya aku akui kebenaran.kesabaran diperlukan tika kita menyelesaikan sesuatu masalah, tika kebahagiaan kita digangu , tika hati kita diuji gelisah , tika kesenangan kita berganti susah...
segala2nya bukan mudah untuk ditangani..
berkat doa , usaha dan kesabaran , segalanya lancar bagiku...
setiap hari aku menjalani rutin yg sama , pagi ke tutoran , ke kuliah , ke makmal...semuanya sama.. bila malam ku lebih gemar ke rumah ALLAH kerana di situ kuperoleh ketenangan setelah seharian letih mengejar kepentingan dunia.. namun ku takkn merungut kerana ku percaya semua itu pasti ada hikmahnya , ada barakahnya...
alhamdulillah
rezeki menyebelahi aku ...apabila aku lulus cemerlang dalam peperiksaan pertengahan semester 1 amat2 tak ku duga.. alhamdulillah , terima kasih ya ALLAH ... semua ini telah mengubah persepsiku terhadap sem 1..
tp aku diuji kembali , dengan kehadiran final exam yang selalu membuatkan aku gelisah tak tenang.. minggu study week berlalu , aku manfaatkn dengan sempurna .. tp pada tanggal 14 oktober 2010 ( hari khamis minggu study week ) hati menjadi tak tenang .. aku tak tahu sebabnya..memang tak boleh nak fokus belajar .. nak buat latihan pun tak boleh , hinggakan roomate ku pun aku halau supaya menjauh denganku... menghalangannya dari mengikutiku..aku ingin bersendirian..(maafkan ku sahabat ) aku mencari ketenangan di tempat biasa..malam itu aku menangis , mencari di mana diriku yg sebenar , memanggil semangatku kembali supaya aku bisa meneruskan perjuanganku..
alhamdulillah , dengan izin ALLAH pada malam jumaat , hatiku kembali tenang , semangatku kembali berpadu , ku teruskan perjuangan ku...kata sahabatku " berjuanglah hingga saat2 terakhir hidupmu , saat2 terakhir peperiksaanmu , saat2 terakhir pertemuanmu , insyaallah ALLAH sentiasa disisimu " terima kasih sahabatku.. semoga ALLAH memberkatimu...
maka saat2 yg di nanti pun tiba , seminggu aku memerah otak mengeluarkan isi pelajaran yg ku timba selama 1 semester . ALLAH permudahkan urusanku.. syukran ya ALLAH..
ku harap semua yg ku lalui semasa semester 1 nie akan membuatkan ku tabah dan ku sabar melalui semester 2 yang akan datang... semoga ALLAH sentiasa merahmati dan melindungi diri ku serte meningkatkn dan mengukuhkan keimanan diri... insyaallah..




bersua kembali.


assalamualaikum blog kesayanganku..

dah lama x melawat mu , x meng up date mu ...

maafkn ku krna terlalu sibuk dgn kehidupan seharian yg mencabar...


hari adalah hari pertama aku menjengok kembali..

bersua dgn mu..

mencoret isi hatiku..

pengalaman hidupku setelah 6 bulan bergelar siswi kolej matrikulasi pulau pinang..

banyak rintangan dan dugaan ku hadapi di sana..

suka duka , gembira sedih , ketawa menangis... segalanya tercoret di sana..

tak kira tikaku bersendirian ataupun berteman...