Ahad, 29 Mac 2015

Pengembaraan Ilmu ke Kapit day 1

# Day 1 travel #
Bismillah..
Pengembaraan dimulakan..
InsyaAllah..

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih & Maha Penyayang..
Langkah ini telah bermula. Mencari episode hidup yg lebih bermakna.

- hari ini hari aku memulakan perjalanan melaksanakan 'elevtive posting' iaitu satu posting yg perlu dilengkapkan oleh pelajar2 perubatan. Di UNIMAS, tahun 4 adalah tahun utk posting ini. Its depends on universiti, ad yg tahun 4 juga & ad yg thn 5. Kami perlu melengkapkan 1 bulan posting di tempat & department yg kami pilih sendiri.
Bg aku, aku teringin utk buat posting CMPH, maka Tan Sri Taha (our cmph lecturer n Dr. Yg banyak pengalaman dlm cmph) suggestkan buat di Kapit, attach dgn pejabat kesihatan bahagian Kapit Sarawak jika aku suka adventurous things. maka apa lg. Cadangan yg terbaik dr. Tan sri aku sambut. Thankz a lot to Tan sri sbb bnyk tolong linkkn dgn DHO sana.
Kapit adalah sebuah bahagian yg boleh dikira sebagai pedalaman. Tiada jalan raya yg menghubungkan kapit dgn bandar sibu. Yg ad hnya adalah melalui bot & udara. Tetapi pengangkutan yg utama adalah melalui bot, jalan air.. perjalanan mengambil masa selama 4 jam lebih kurang. Dan itulah yg bakal aku tempuhi esk, insyaAllah.. doakn yg terbaik utk diri ini.

Hari ini 5.30ptg fly dr kuching ke sibu. Then, adk2 3rd yr jemput & mlm ni tumpang bermalam dgn mereka di hostel ilf UNIMAS, sibu utk 1 mlm.. & esk bakal teruskan perjalanan menuju pekan kecil bernama KAPIT..

#day1 #travel #kapit #elevtive posting .

Sabtu, 28 Februari 2015

biar dalam diam ..

hari berganti hari,
bulan berganti bulan,
tahun berlalu pergi.
sekejap masa berlalu.
bagai semalam aku memilih jalan ini.
tapi dah masuk 4 tahun di sini sebenarnya.
mencari jalan hidup sendiri yang mungkin berbeza dengan orang lain.

punyai sahabat, kawan or rakan yang sama maknanya,
dan aku jugak tidak kurangny sempat jugak merasa cinta,
belajar dari satu buku ke satu buku.
dari satu manusia ke manusia yg lain
dari satu hati ke satu hati aku mengenal mereka.

ada yang mengaku sahabat, tetapi hakikatnya dia tidak pernah menghargai sahabatnya itu.
pernah aku hadapi insan seperti ini..
bila susah kita di cari, bila senang dilupai.
bila nakkn sesuatu merayu-rayu pd kita,
tetapi bila dah dapat, kita dibuang tepi.
tidakkah pernah engkau terfikir sahabat,
yg sahabatmu itu telah mengorbankan diri & perasaan dia utk kamu. ?
tetapi engkau tidak pernah menghargai pengorbanan yg dia lakukan..
tidak pernahkah kau terfikir akan perubahan diri ini
yang puncanya sebenarnya dari kamu..

kali pertama kau buat aku bergitu, aku masih mampu bersabar..
tetapi bila kamu mengulanginya utk kali kedua,
itu telah mengubah pendirian aku.
walaupun sebenarnya aku masih sayang&care about you,
aku tidakkn menunjukkn ia lagi  pada kamu,
biar dalam diam..
kerana aku tidak mahu kamu mengulanginya utk kali ketiga.
yang mungkan akan membuatkan aku membenci diri kamu.
sebab itu kini aku memilih untuk tidak rapat dengan sesiapa..
kerana keakraban itu akn membuat aku lebih terluka jika engkau melakukan ia utk kali seterusnya..

kamu tidak tahu bahawa,
untuk bangkit or sembuh dari sebuah kelukaan itu perit & panjang masanya..

**treat well & appreciate your friends..