Isnin, 24 September 2012

' DIA untukKU '

picture by : 'adik' saya..
berbicara tentang 'DIA'
jantung mula berdegup tidak sekata..
mataku hanya mampu menatap lantai
merenung sepatu di kaki...
atmaku mula mencongak kata
kata-kata itu bagaikan menusuk jiwaku
bait ayat yang terluah mencorak rasa di hati
pedih, sayu, sakit, gembira, sayang, cinta
semuanya bercampur aduk 
tidak mampu ku pisahkan lagi.

siapakah "DIA" yang aku rasakan ini ?.
adakah 'dia' itu seorang insan yg makin hari makin aku sayangi
mungkinkah 'dia' adalah manusia segak
 yg kini telah tegak berdiri dihadapanku tanpa aku sedari ?
ataupun "DIA" yang telah aku lafazkan janji pertama 
sebelum aku menjejak kaki di alam dunia ini ?

aku cuba bertanya
menyoal diri sendiri
mengenal hati budi
mencari cahaya kebenaran di hati..

kata orang " minta fatwa dari hati "..
tapi layakkah aku memberi fatwa dari hati ini ??
hati yang imannya bagaikan
mendaki dan menuruni lembah gunung di pulau borneo yang luas ini
bagaikan mendaki curam yg tinggi dan meniti lembah nan landai
 keimananku menurun menaik tanpa aku sedari..
sedang aku asyik merenung sepatu di kaki
memikirkan siapakah sebenarnya 'Dia UntukKU'..
aku dihampiri seorang sahabat
kehadirannya di sebelahku bagaikan memberi suatu jawapan
jawapan yang sebenarnya aku cari
ku pandang wajahnya 
mata bertentang mata
mulut kelu tanpa kata
tetapi hakikatnya hati sedang berbicara

 bertanya aku padanya..
" siapakah 'DIA' untukKU ?"
mataku mula berkaca seribu
tiada jawapan dari sahabatku itu..
dia masih merenung ke dalam mataku
dan renungan itu mula turun ke hati..
keadaan diriku memaksa dia untuk membuka kata..
" wahai sahabat yang aku cintai kerana-NYA..,
cukuplah "DIA Untukmu"..
kerana hanya 'DIA'lah yang berhak ke atasmu..
cintailah "DIA" sepanjang hidupmu, 
Nescaya DIA akan sentiasa mencintaimu"
" duhai sahabatku, cintailah PENCIPTAmu,
dan pasti DIA akan memberi pencinta yang ikhlas mencintaimu kerana-DIA"


p/s : terima kasih sahabat.. sesungguhnya baru aku tahu
~~~ "hanyalah DIA untukku.. selamanya " ~~~






Sabtu, 15 September 2012

inilah aku


hakikat hidup aku memang begitu
kekadang aku menjadi kuat
kekadang aku menjadi lemah..
it depends on my condition..

sebenarnya diri aku bergini
luar aku nampak kuat bagaikan besi
bagaikan segala cubaan ku berjaya tepis jauh sekali..
tapi dalamanku adalah selemah selembut kapas..
yang terbang bila dipuput angin

i pretend to be strong infront of people..
but actually i'm crying inside..
i cry when i alone

bukan sebab aku x mahu berkongsi rasa dgn sahabat2
tetapi hakikatnya aku x mahu membebankan mereka dgn rasa aku
cukuplah aku seorang yg menanggungnya
biarlah hanya DIA yang menjadi teman susah senangku
biarlah hanya DIA memujukku
dan biarlah hanya DIA yang menjaga hati dan diriku..

kerana DIA lah 
aku menjadi kuat segah besi
yang sebelum ini hanya selembut kapas putih lesi

aku punya keduanya..
keKUATan dan keLEMAHan
inilah aku..

get ready for 'PROGRAM' ;)

picture by 'adik'...

Sabtu, 8 September 2012

my "adik"



people keep asking me : your "adik" ??
who that person ?
a younger brother or sister ?
YOUNGER ??
is it true... !! ?

mencipta jarak antara aku dan mereka membuatkn aku lebih selesa bergitu
bukan kerana usiaku sememangnya tua dr mereka.
tetapi kerana mereka itu adalah a "man"
memang dari bangku sekolah lagi aku suka mereka memanggil aku "kak"
even obviously i'm am younger then them
it was my princple..

sengaja ku cipta jarak itu kerana 
aku tidak mahu mereka menyayangiku melebihi seorang kawan..
sungguh aku rela mereka menyayangiku sebagai seorang" kakak"
tetapi sebenarnya..
aku yg takut andai kata aku yg akn over the border
jika aku tidak mencipta dahulu jarak antara aku dan mereka.. :D
emmm.. susah sebenarnya nk menjaga hati sendiri..

even they are calling as a "kakak"
sometime i still can't treat them as my 'adik'
sbb kadang2 hati aku berperang dgn akal..
susah utk diriku mengawalnya..
aku hanya membiarkan kemenangan itu berpihak pada akal

apa2 pun aku tetap n cukup menghargai mereka..
kehadiran mereka melengkapkn patah kata dalam kamus hidupku
aku percaya n yakin yg ALLAH menghantar mereka utk aku kenali 
dan mempelajari sesuatu daripada mereka 
walaupun jangka waktu yang tinggal tidaklah sejauh mana
thankz ALLAH bcoz send them to me :)



 
 

 



Rabu, 5 September 2012

its early SEPTEMBER 2012


kejap je masa ini..
ku rasa baru seminggu yg lepas aku berpisah dgn september sebelumnya
rupa2nya sudah setahun masa berlalu
dan aku bertemu lagi dengan september yang baru
bila muhasabah sikit diri aku ini,
bagaikan ia tiada beza dengan tahun sebelumnya

nk kata jd lebih mature, rasanya masih kebudak-budakkan macam dulu
nk kata makin berpikiran matang, tapi keputusan yang dibuat masih sama dengan 3 thn yg lepas..

entahlah.. my self is quite complicated utk dihurai..
x sangka dh 19 thn aku hidup ats dunia ini..
dan dalam tempoh itu juga,
aku sedikit demi sedikit menimba pengalaman hidup.
berjumpa dengan insan2 yang mengukir bait kata dlm diri ini.

owh.. rupa2nya.. dlm ketidak sedaran ini aku belajar menjadi matang
mungkin aku tidak nampak perubahan tersebut
hanya org sekeliling yg mengikut perkembanganku sahaja dpt melihat perubahan itu..

tanpa sedar, i will be sweet 20 y/o..
iye ke dh umur 20-an ni ??
nti mesti i will miss umur belas-an kn..
cukuplah hanya menjadi diri sendiri pada jangka masa 19 thn yg lepas..
aku berazam untk menjadi seorang 20-an yg lebih matang
matang dr segi percakapan, perlakuan dan sebagainya..

tetapi kadang kala, sifat keanak-anakkan itu tak dapat disembunyikan
walaupun kita bersusah payah menyembunyikannya..
kadang2 ia masih terlepas dr persembunyian kita..
sbb sifat itu adalah something yg natural akan keluar bila kita bersama orang2 yg kita senangi.. 
for me.. siapa yg dpt tengok my natural character, they are consided as a lucky person coz they get the chance to know me naturally..

so after this, u need to behave yourself dear.. :) 
step to 20-an.. u need to leart to be a mature person.. 
we will see your changes nnti =)