Isnin, 24 September 2012

' DIA untukKU '

picture by : 'adik' saya..
berbicara tentang 'DIA'
jantung mula berdegup tidak sekata..
mataku hanya mampu menatap lantai
merenung sepatu di kaki...
atmaku mula mencongak kata
kata-kata itu bagaikan menusuk jiwaku
bait ayat yang terluah mencorak rasa di hati
pedih, sayu, sakit, gembira, sayang, cinta
semuanya bercampur aduk 
tidak mampu ku pisahkan lagi.

siapakah "DIA" yang aku rasakan ini ?.
adakah 'dia' itu seorang insan yg makin hari makin aku sayangi
mungkinkah 'dia' adalah manusia segak
 yg kini telah tegak berdiri dihadapanku tanpa aku sedari ?
ataupun "DIA" yang telah aku lafazkan janji pertama 
sebelum aku menjejak kaki di alam dunia ini ?

aku cuba bertanya
menyoal diri sendiri
mengenal hati budi
mencari cahaya kebenaran di hati..

kata orang " minta fatwa dari hati "..
tapi layakkah aku memberi fatwa dari hati ini ??
hati yang imannya bagaikan
mendaki dan menuruni lembah gunung di pulau borneo yang luas ini
bagaikan mendaki curam yg tinggi dan meniti lembah nan landai
 keimananku menurun menaik tanpa aku sedari..
sedang aku asyik merenung sepatu di kaki
memikirkan siapakah sebenarnya 'Dia UntukKU'..
aku dihampiri seorang sahabat
kehadirannya di sebelahku bagaikan memberi suatu jawapan
jawapan yang sebenarnya aku cari
ku pandang wajahnya 
mata bertentang mata
mulut kelu tanpa kata
tetapi hakikatnya hati sedang berbicara

 bertanya aku padanya..
" siapakah 'DIA' untukKU ?"
mataku mula berkaca seribu
tiada jawapan dari sahabatku itu..
dia masih merenung ke dalam mataku
dan renungan itu mula turun ke hati..
keadaan diriku memaksa dia untuk membuka kata..
" wahai sahabat yang aku cintai kerana-NYA..,
cukuplah "DIA Untukmu"..
kerana hanya 'DIA'lah yang berhak ke atasmu..
cintailah "DIA" sepanjang hidupmu, 
Nescaya DIA akan sentiasa mencintaimu"
" duhai sahabatku, cintailah PENCIPTAmu,
dan pasti DIA akan memberi pencinta yang ikhlas mencintaimu kerana-DIA"


p/s : terima kasih sahabat.. sesungguhnya baru aku tahu
~~~ "hanyalah DIA untukku.. selamanya " ~~~






Tiada ulasan:

Catat Ulasan