Rabu, 29 Ogos 2012

"pilot hatiku"



terlintas di fikiranku takkala sedang terbang di langit tinggi
dalam pesawat AK6506 dari penang to Kuching pada 27/8/2012 yang lepas..

ucapan salam dari pilot yg mengemudikn pesawat tersebut sedikit sebanyak mengetuk pintu hati utk terus bersyukur kerana aku masih diberi nkmat utk bersama2 beliau seorang "pilot muslim" terbang melintasi laut China Selatan yang terbentang luas..

kekaguman aku terhadap dia tidak aku bataskan..
bukan senang sekarang nk jumpa "pilot" seperti dia..
mengekalkan ciri kesantunan islam dalam percakapan..
kebergantungan dia kepada ALLAH telah membuatkan musafir aku pada hari itu lebih bermakna dan hilang penat lelahnya sekelip mata..

mendengar percakapannya yang memberi maklumat tentang keadaan penerbangan itu membuatkan aku tersenyum simpul dengan makna yg aku sendiri tak dapat mengertikan..

detik itu tersoal aku akan diriku.. " siapakah bakal menjadi 'pilot hatiku' ??"


bersoal tentang " pilot hati" bukan mudah..
mencari separuh lagi hati untuk dicantum.. pelengkap kekurangan diri ini..
jika sekarang aku bersoal tentang hati, ia cukup sukar dimengertikan..
kerana rahsia hati tiada siapa yang tahu kecuali diri sendiri dan DIA yang mencipta..
bagiku.. cukuplah hanya sekadar 'pilot' tersebut seorang anak yg soleh, mentaati perintah DIA serta menghormati kedua ibubapa.
cukup ia bagiku..
biarpun dia tak kaya harta,
biarpun dia sehodoh rupa,
yang penting bagiku adalah dia seorang yg taat agama..
jika terjaga agamanya, maka terjagalah semuanya yg lain..
duit, kasih sayang dan semuanya bakal dijaganya dgn baik, jika dia cukup  memahami tuntutan agama..

ku mahu bakal pilot hatiku biarlah seorang yg bersederhana..
sedap mata memandang, menenangkn jiwa2 yg bersamanya..
biarlah cintaku padanya berkait dgn cintaku pada DIA..
kerana DIA lah yg memberi aku rasa, memberi aku jiwa untk mencinta dan di cinta..
DIA beri aku anugerah yg terindah itu..
supaya aku menghargai "pilot hati " yg bakal ku temu..

dia manakah engkau 'pilot hati' ini..
adakah kamu telah berdiri di hadapanku tanpa aku sedar kehadiranmu.. atau kau masih jauh beribu batu jauh dr ku..

moga aku teguh SABAR menunggu kehadiranmu.. "pilot hatiku"..



Selasa, 14 Ogos 2012

C.I.N.T.A


1 kata
5 huruf
1 rasa
apakah itu ??

C.I.N.T.A

sama ke rasa cinta dgn sayang ??
cuba definisikn kejap dua2 perkataan ini..
tp klu dlm bhasa inggeris
both words ni adalah satu perkataan
it was..

L.O.V.E

so mcm mana nk beza ??
cer fikir kejap..

kita ada org yg kita sayang, tapi kita tak cinta
ada pulak org yg kita cinta dan semestinya kita sayang..

susahkn nk bezakn 2 rasa ini..
mungkin ia menggambil masa utk kita fahami..
just wait n see
lets time shows it to us..

kata orang..
mencinta tak selalu memiliki..
tetapi memiliki selalunya akan mencinta =)

betul ke ?? 
tunggu kajian kita terhadap diri sendri yep ;)

Isnin, 13 Ogos 2012

buat sahabatku


pada mulanya aku bersahabat denganmu,
senyumanmu aku temukan,
manis bergula tidak bersisa,
sungguh aku layu denganya....

setelah 100% jalan ini kita bersama,
beribu kenangan telah kita ukirkan,
celoteh celotah kita lakar senikan,
dalam perjuangan menuju matlamat perjalanan.

aku terleka dengan perlakuanmu,
aku senang dengan perwatakanmu,
kerana sikapmu itu sering buatku tertawa,
menghilangkan kegelisahan dijiwa,
dan menghuraikan masalah yang bersarat di minda.

kejayaan yang kita bina,
bukanlah untuk sementara,
tetapi adalah untuk selamanya,
untuk generasi akan datang,
untuk membina negara dan agama dengan lebih mampan.

sahabatku,
teruskan jalan yang indah ini,
teruskan mendaki curam yang tinggi,
teruskan menuruni lembah berlurah,
hingga kita sampai ke destinasi itu.

walaupun kita tidak lagi bersama,
walaupun kita terpisah dek jarak,
atau tertinggal dek masa,
namun yang pasti kita masih berkongsi langit biru yang sama,
maknanya semangat kita tetap bersama..

izinkan kasihmu terus hidup subur dalam hatiku....
sahabatku...

Ahad, 12 Ogos 2012

detik terakhir Ramadhan..


malam ini 24 Ramadhan..
fasa terakhir ramadhan 1433h..
sekejap je rasa ramadhan thn ni..
apa khabar iman kita ?
sihatt ? makin menurun atau menaik ?
tepuk dada tnya iman

kata seorang sahabat..
" sy nk beritahu awk satu perkara.. "
menunggu aku akn kata2nya..

"umat nabi Muhammad adalah umat yg paling pendek umurnya dibandingkn dgn umat nabi lain "
aku terus merenung ke matanya..
sahabat mengukir senyuman & terserlah ketenangannya di situ

sambung dia..
" rugikn kita sbb jangka umur yg pendek.. ibadah kita mesti lg skit dari umat nabi lain yg umur mencecah ratusan tahun "
aku mengangguk membenarkn katanya..

dia menyambung lagi..
"tapikn.. tahu x , ALLAh memberi kelebihan kepada umat Muhammad melebihi umat yang lain "
aku bertanya dgn muka tertanya2..
" apakah dia wahai sahabat.. ?" 

dengan senyum manis bersimpul itu, yg mampu mencairkan hati yg melihat dia menjawab 
" malam al-Qadr.. malam yg menyamai 1000 bulan =) "
pada malam tersebut, para malaikat akn turun ke bumi dan mendoakan insan2 yang menghidupkn mlm tersebut .
sekali kita beribadah malam itu, ia bersamaan 1000 bulan kita beribadah

" adil kn ALLAH :) "
aku dan sahabat senyum bersama
"ayuh kita hidupkan detik2 terakhir ramadhan ini, smbil mencari malam 1000 bulan yg penuh rahsia itu "
sahabat memegang tangan serta memeluk aku..



p/s : terima kasih sahabat kerana mengingatkan diri ini :,)