Isnin, 13 Ogos 2012

buat sahabatku


pada mulanya aku bersahabat denganmu,
senyumanmu aku temukan,
manis bergula tidak bersisa,
sungguh aku layu denganya....

setelah 100% jalan ini kita bersama,
beribu kenangan telah kita ukirkan,
celoteh celotah kita lakar senikan,
dalam perjuangan menuju matlamat perjalanan.

aku terleka dengan perlakuanmu,
aku senang dengan perwatakanmu,
kerana sikapmu itu sering buatku tertawa,
menghilangkan kegelisahan dijiwa,
dan menghuraikan masalah yang bersarat di minda.

kejayaan yang kita bina,
bukanlah untuk sementara,
tetapi adalah untuk selamanya,
untuk generasi akan datang,
untuk membina negara dan agama dengan lebih mampan.

sahabatku,
teruskan jalan yang indah ini,
teruskan mendaki curam yang tinggi,
teruskan menuruni lembah berlurah,
hingga kita sampai ke destinasi itu.

walaupun kita tidak lagi bersama,
walaupun kita terpisah dek jarak,
atau tertinggal dek masa,
namun yang pasti kita masih berkongsi langit biru yang sama,
maknanya semangat kita tetap bersama..

izinkan kasihmu terus hidup subur dalam hatiku....
sahabatku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan