Rabu, 29 Ogos 2012

"pilot hatiku"



terlintas di fikiranku takkala sedang terbang di langit tinggi
dalam pesawat AK6506 dari penang to Kuching pada 27/8/2012 yang lepas..

ucapan salam dari pilot yg mengemudikn pesawat tersebut sedikit sebanyak mengetuk pintu hati utk terus bersyukur kerana aku masih diberi nkmat utk bersama2 beliau seorang "pilot muslim" terbang melintasi laut China Selatan yang terbentang luas..

kekaguman aku terhadap dia tidak aku bataskan..
bukan senang sekarang nk jumpa "pilot" seperti dia..
mengekalkan ciri kesantunan islam dalam percakapan..
kebergantungan dia kepada ALLAH telah membuatkan musafir aku pada hari itu lebih bermakna dan hilang penat lelahnya sekelip mata..

mendengar percakapannya yang memberi maklumat tentang keadaan penerbangan itu membuatkan aku tersenyum simpul dengan makna yg aku sendiri tak dapat mengertikan..

detik itu tersoal aku akan diriku.. " siapakah bakal menjadi 'pilot hatiku' ??"


bersoal tentang " pilot hati" bukan mudah..
mencari separuh lagi hati untuk dicantum.. pelengkap kekurangan diri ini..
jika sekarang aku bersoal tentang hati, ia cukup sukar dimengertikan..
kerana rahsia hati tiada siapa yang tahu kecuali diri sendiri dan DIA yang mencipta..
bagiku.. cukuplah hanya sekadar 'pilot' tersebut seorang anak yg soleh, mentaati perintah DIA serta menghormati kedua ibubapa.
cukup ia bagiku..
biarpun dia tak kaya harta,
biarpun dia sehodoh rupa,
yang penting bagiku adalah dia seorang yg taat agama..
jika terjaga agamanya, maka terjagalah semuanya yg lain..
duit, kasih sayang dan semuanya bakal dijaganya dgn baik, jika dia cukup  memahami tuntutan agama..

ku mahu bakal pilot hatiku biarlah seorang yg bersederhana..
sedap mata memandang, menenangkn jiwa2 yg bersamanya..
biarlah cintaku padanya berkait dgn cintaku pada DIA..
kerana DIA lah yg memberi aku rasa, memberi aku jiwa untk mencinta dan di cinta..
DIA beri aku anugerah yg terindah itu..
supaya aku menghargai "pilot hati " yg bakal ku temu..

dia manakah engkau 'pilot hati' ini..
adakah kamu telah berdiri di hadapanku tanpa aku sedar kehadiranmu.. atau kau masih jauh beribu batu jauh dr ku..

moga aku teguh SABAR menunggu kehadiranmu.. "pilot hatiku"..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan