Jumaat, 29 Julai 2011

AKU RINDU MEREKA


detik berganti detik , hari bersilih hari , bulan saling berlari... salam ukhuwah saudara2ku.. sungguh ku rindu utk mencoret isi hati.. setelah perjuangan di medan matrik telah ku tamatkn 3 bulan yg lalu.. pengalaman di medan itu sedikit mematangkn aku dr segi penerimaan terhadap umum . keterbukaan dengan idea insan lain .. menguruskn perasaan sendiri. serta mengasingkan kepentingan , keperluan dengan kehendak sebaikny.. setahun di sana , ukhuwah yg terbina amat kukuh antara aku & mereka.. saat ini kerinduan yg membaluti jiwa. perpisahan yg tercipta 3 bulan lalu bgaikan masih segar di mindaku.. gelak tawa mereka masih terngiang2 di telingaku.. bayangan senda mereka masih terlayar ditubir mataku..pesanan , nasihat & ungkapan terakhir mereka masih bermain diingatanku.. sungguh aku rindu bertemu mereka.. sahabat.. di manakah kamu ?? biarpun kita terpisah dek jarak , terhalang dek masa ku harap tali ukhuwah yg telah kita bina masih kukuh terjaga.. jarak bukan penghalang sesuatu ikatan , yg penting adalah hati yg saling mengingati serta doa yg saling mengutusi.. ku percaya , bahawa bila kita menjaga hubungan dgn DIA maka DIA akn memelihara ukhuwah kita bersama...alangkah indahnya jika kita dapat kembali bersama . bertemu , bemesra berkongsi cerita.. meluah rasa hati serta pendapat bersama.semua ini boleh ditemu kembali jika kita merancang pertemuan dan pertemuan ini diredhai NYA.. doakn lah sahabat2ku.. insyaALLAh , DIA maha mendengar.. moga kita dipertemukn olehnya lagi wahai sahabat2 seperjuanganku yg di sayangi walaupun hanya berkenalan dalam jangka waktu yg begitu singkat <3

Selasa, 26 Julai 2011

INI TITIK PERMULAAN KU


salam ikhuwahfillah saudara2 ku yg dikasihi kerana-NYA

kini ku kembali mencoret isi hati , kata nurani akan takdirNYA..

ku kini melangkah setapak lg dari alam matrikulasi ke alam universiti..
hakikat kehidupan sebelum ini , ku sentiasa berdekatan dgn keluargaku
tp detik ini hidup di perantauan akan menjadi lumrahku...
berjauhan di sana seorang diri , mencari kekuatan dan kelebihan diri..
menguji hati nurani akan takdir ini..

biarpun apa kn berlaku.. ku letakkn REDHA sebagai yg utama...
kerana setiap yg berlaku pasti ada hikmah serta ibrah di sebaliknya...

ya ALLAH dengan hati ini, aku REDHA dengan takdirMU..

merantau menimba ilmu di sana, universiti malaysia sarawak , kota samarahan , kuching , sarawak kepulauan Borneo yg dicipta indahMU utkku menikmati serta hargai salah satu ANUGERAH terindahmu...

Ahad, 10 Julai 2011

BICARA HATI SEORANG PEREMPUAN


Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku – seorang perempuan
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya……

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi
Namun
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian
Putera-puteranya di medan jihad :
“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan
Kecintaan padaMu Ya Ilahi

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
“ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……..”

wassalam,
Damba CintaNya
FirdausSyahid