Jumaat, 24 Jun 2011

FUTUWWAH CINTA




Inilah dia cinta


Pak Rahmat mengatakan, cinta itu dakwah, dan dakwah itu cinta.


Dan dakwah ini mengenal kita pada Dia.


Mentaqarrubkan kita pada Dia.


Masuliyah fardhiyah kita adalah untuk sentiasa mendampingi kitabNya,


mengikuti sunnahNya dan


beriltizam dengan akhlak QuraniNya.


Dan seluruhnya dibuatkan kerana Dia.


Dan Dia semata.


Dan itulah dia cinta.


Bila segalanya dihadapkan pada Dia.


Dan cinta itu mengalunkan kita pada syahadahNya


Menerokai puncak-puncak kekuasaanNya,


dan mengegarkan kita akan azabNya,


akan kelam kelibut hari kebangkitan.


Mengetarkan hati kita pada Hari AkhiratNya.


Dan itulah dakwah ini mengenalkan kita.


Akan hari akhirat yang pasti,


tempat terdorongnya kita untuk bertemu dengan Dia.


Dan bila segalanya dipusatkan pada Dia,


adakah pilihan lain selain dari bertawakal kepadaNya?


Menyerahkan semua urusan kepadaNya?


Yakin akan janjiNya memberikan sesuatu yang terbaik


buat diri kita, hambaNya.


Dan demikianlah itu cinta.


ianya yakin


redha


dan sabar..


Cinta itu menautkan hati kita pada semua hambaNya.


Dalam cinta yang tidak dimengertikan


walau tak pernah bersua mengenal


mahupun bersentuh


itulah dia cinta


anugerah atas cinta keranaNya


Dan itulah dia cinta,


tidak meresahkan,



tidak mengelisahkan


tidak merisaukan,


apatah lagi menyebabkan putus asa.


Kerana setiap pilihan kita,


tindakan kita


dan langkah kita,


adalah demi cintaNya.


Yakinlah,


Allah akan sentiasa bersama kita,


melukiskan kanvas yang indah buat kita.


Samada di dunia, mahupun di syurga kelak..


Insya-Allah..


Inilah dia sepotong doa baginda buat kita:


Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu,



dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu,



dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu.



Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku



hargai daripada air sejuk



bagi orang yang kehausan.


Moga aku menyintai mereka yang mendekatkan aku akan cintaNya..


. ameen...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan