Rabu, 22 Jun 2011

HARGA TUDUNG LABUH


Dia menangis tersedu dalam dakapanku.

"Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".

Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.

"Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya". "Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang", tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.

"Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni", rintihnya lagi.

Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.

"Awak menyesal pakai tudung labuh?", aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. "Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?", saya terus menduga.

"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.

"Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak. Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran. Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.

"Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Jangan kerana masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih. Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa?" Aku menduga.

Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.

"Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah. Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan. Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang awak alami. Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yang awak guna, Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan. Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan. Bila berdakwah, kita berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."

"Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita."

"Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah. Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."

Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.

"Habis, apa saya kena buat?", tanyanya.

"Sekarang awak perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yang awak tak sedari, bersyukur padaNya sebab menegur awak dengan ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan awak tu, minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku.

Dia menggenggam tanganku erat, "Terima kasih sahabat".

"Allah yang sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk saya hari ni. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga." Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama.

Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.

Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.

Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.

Selasa, 31 Mei 2011

aku ingin mencintaiMU


Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakan-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekati-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi......

Isnin, 30 Mei 2011

10 wasiat Hasan al-Banna


1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

Isnin, 9 Mei 2011

SALAM PERTEMUAN



salam ukhuwahfillah saudara2 seislamku.... telah berapa purnama tidakku updatekn blog nie , kini tiba masa ku mengjengah kembali, memberi sedikit sinar dan pelangi menceriakn kembali blogku ini :) .. bukannya ku menghilang diri , tetap dek tanggungjawab yg dipikul selama 1 thn lepas sedikit menjadi kekangan kepadaku.. ku baru sahaja menamatkn pengajianku. setel;ah 2 sem bertungkus lumus demi masa depan.. mengharungi final exam matriculation memjadi titik pemgakhiran pengajian aku di peringkat ini.. insyaAllah dgn result yg bakal keluar x lama lagi , aku harap dpt melanjutkn ke peringkat yg lebih tinggi.. ke degree , then master and finally pHD insyaALLAH... banyak pengalammn yg ku timba selama di peringkat pengajian ini... kisah dan teladan serta pengalaman ini akan ku ceritakn pada post yg akan datang.. setakatr ini sahaja mukadimahku utk kali ini... semoga aku diberi kekuatan untuk berkongsi pengalaman dan pandangaku dengan saudara semua....



salam ukhuwahfillah saudaraku...






berjuanglah untuk agamaNYA... <3

Sabtu, 5 Mac 2011

MUSIM BUNGA KIAN MENINGGI

musim bunga kini kian meninggi,

aku rasakan sesuatu yg membuahkan kegembiraan ,

yg mengukirkn senyuman yg menyebarkan kebahagiaan..

tiupan angin dari setiap penjurunya , membuat aku lelah dengan dugaanNYA

menjadikan aku setabah sumayyah yg disoal keimanannya...

menjadikan aku bersemangat seperti khadijah yg sentiasa membantu perjuangan Rasulullah..

menjadikan aku se yakin asiyah yg memohon untuk memelihara musa yg ditemuinya di sungai...

menjadikan aku se reda’ mariam yg mengandungkan isa tanpa bapa..

dan menjadikan aku seceria siti aisyah yg sentiasa mengukir senyuman Rasulullah..

namun aku tahu , aku x mampu jadi sebaik mereka ,

aku perlukan masa , aku perlukn waktu dan aku perlukan peluang utk terus maju..

biarpun helaan nafasku kini kian bersisa ,

biarpun atmaku , kini berbicara seribu bahasa ,

biarpun mereka mentertawakan aku ,

akan aku terus janjiku padaNYA..

walaupun dugaan yg datang itu mencabut sekeping nyawa,

akan aku tetap berteguh berjuang deminya...

kekeliruan hidup yang kadang kala melanda

menjadikan aku lebih matang membuat keputusan untuknya .

hanya berbekalkan setitis ilmu di dada ,

aku tahu aku bukan pemutus yg terbaik ,

oleh itu aku perlu menilai buruk dan baik ,

kesan dan akibat kepada masyarakat sekeliling ,

agar keputusanku kelak tak melukankn sesiapa.

aku jadikan ini sebagai method untukku membuat keputusan ..

dimana dikala itu

ia dalam suasana musim bunga luruh berguguran...

yang menghamparkan suasana yg indah dimata seorang insan.....

MUSIM BUNGA KIAN MENINGGI

musim bunga kini kian meninggi,

aku rasakan sesuatu yg membuahkan kegembiraan ,

yg mengukirkn senyuman yg menyebarkan kebahagiaan..

tiupan angin dari setiap penjurunya , membuat aku lelah dengan dugaanNYA

menjadikan aku setabah sumayyah yg disoal keimanannya...

menjadikan aku bersemangat seperti khadijah yg sentiasa membantu perjuangan Rasulullah..

menjadikan aku se yakin asiyah yg memohon untuk memelihara musa yg ditemuinya di sungai...

menjadikan aku se reda’ mariam yg mengandungkan isa tanpa bapa..

dan menjadikan aku seceria siti aisyah yg sentiasa mengukir senyuman Rasulullah..

namun aku tahu , aku x mampu jadi sebaik mereka ,

aku perlukan masa , aku perlukn waktu dan aku perlukan peluang utk terus maju..

biarpun helaan nafasku kini kian bersisa ,

biarpun atmaku , kini berbicara seribu bahasa ,

biarpun mereka mentertawakan aku ,

akan aku terus janjiku padaNYA..

walaupun dugaan yg datang itu mencabut sekeping nyawa,

akan aku tetap berteguh berjuang deminya...

kekeliruan hidup yang kadang kala melanda

menjadikan aku lebih matang membuat keputusan untuknya .

hanya berbekalkan setitis ilmu di dada ,

aku tahu aku bukan pemutus yg terbaik ,

oleh itu aku perlu menilai buruk dan baik ,

kesan dan akibat kepada masyarakat sekeliling ,

agar keputusanku kelak tak melukankn sesiapa.

aku jadikan ini sebagai method untukku membuat keputusan ..

dimana dikala itu

ia dalam suasana musim bunga luruh berguguran...

yang menghamparkan suasana yg indah dimata seorang insan.....

dan aku terpaksa untuk membuat keputusan..

HARI INI AKU TERMENUNG LAGI...

Hari ini aku termenung lagi..

Mengenangkan sisa hari aku di sini , bersama mereka yg aku sayangi..

Penghijrahan yg telah lama aku impi..

Di sini aku temui nya..

Dahulunya aku Cuma insan biasa yg jahil tentang agama ,

Di sini aku belajar sesuatu ,

Belajar menutup aurat sepenuhnya

Belajar menjaga ikhtilah berlainan jantina

Belajar menghargai kehidupan yg di berikan...

Di sini ku mula ditarbiyah dan mentarbiyah diri...

Menjadi insan yg lebih baik untuk kepuasan diri..

Aku tahu aku tak mampu jadi sebaik Fatimah mahupun khadijah ataupun aisyah..

Tetapi aku yakin , aku bisa jadi baik dengan imej aku sendiri..

insyaALLAh dengan adanya pentarbiyahan yg berterusan...

aku mahu menjadi siswi terbaik utk usahaku,

menjadi mujahidah bermatlamat , utk perjuangan agamaku

aku ingin jadi isteri terbaik buat bakal suamiku...

jadi ibu penyayang kepada bakal anak2 ku

menjadi anak terbaik kepada ibu dan ayah ku..

menjadi menantu terbaik untuk bakal mertuaku...

dan yg paling penting dan utama adalah menjadi hamba terbaik kepada penciptaku...

moga kasihNYA sentiasa berdampingan dengan ku...

dan keredaanNYA hidup bersama helaan nafasku....