Sabtu, 12 Jun 2010

tips lagi 5 minggu nk exam...


1. ulangkaji bab before..
2. buat latihan bnyak2
3. makan makanan berkhiasat
4. tanya ckgu jika x faham apa2..
5. belajar secara consisten.
6. study smart
7. pastikan petang2 bersukan utk refresh minda..
8. pastikan masa belajar sekurangnya 4 jam sehari..

Sabtu, 29 Mei 2010

< satu pertemuan >




ketika diri mencari sinar...
secebis cahaya menerangi laluan ,
ada kalanya langkahku tersasar...
tersungkut di lembah kegelapan..


bagaikan terdengar bisikan rindu ,
mengalun kalimah menyapa keinsafan...
kehadiranmu menyentuh kalbu ,
menyalakan obor pengharapan...

tikaku kealpaan , kau bisikan bicara keinsafan..
kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan..
saatku kehilangan keyakinan , kau nyalakan harapan..
saatku meragukan keampunan tuhan ,
kau katakn rahmatnya mengatasi segala...

menitis air mataku keharuan..
kepada sebuah pertemuan ..
kehadiranmu mendamaikan ,
hati yang dahulu keresahan...

cinta yang semakin kesamaran ,
kau gilap cahaya kebahagiaan ,
tulus keikhlasan menjadi ikatan...
dengan restu kasih mu oh tuhan...

titisan air mata , menyubur cinta ..
dan rindu berbunga...
mekar tidak pernah layu
damainya hati yang dulu resah keliru..
cintaku takkan pudar diuji dugaaan ,
mengharung dalam harapan..
mogakan kesampaian kepada tuhan...
lantaran diri hamba kerdil dan hina........

syukur sungguh dihati ini..
dikurniakn teman sejati..
menunjuk jalan mendekatiNYA ,
tika diri dalam kebuntuan..

bertapa aku menghargai..
kejujuran yang kau beri..
mengajar ku mengenal erti..
cinta hakiki yang abadi...

tiada yang menjadi impian ..
selain rahmat kasihmu tuhan..
yang terbias pada ketulusan ,
sekeping hati..
seorang insan ..
bernama "<>"

Jumaat, 21 Mei 2010

< mengharungi hidup baru perlukan kesabaran >


subhanallah...

hidup ini memang susah..

banyak dugaan dan rintangan yg perlu diharungi..

walaupun umur kita masih muda..

ujian dariNYA tetap ada , utk menguji tahap kesabaran & keimanan kita sebagai umatNYA..


pertama :

Bersabarlah dengan segala cabaran yg ada..


kedua :

Berdoalah agar dipermudahkan segala2 nya..


ketiga :

cubalah mencari jalan penyelesaian yg terbaik utk diri kita , keluarga , masyakat dan agama..


keempat :

minta pandangan / bantuan orang sekeliling untuk menyelesaikan masalah kita


dan yg terakhir. :

Bertawakallah dan reda dengan apa yg telah kita peroleh , apa yg kita sedang lalui , dan apa yg kita akan hadapi...


insyaallah... segalanya akan mudah bagi kita...

dan barakah ALLAH sentiasa ada bersama kita....


semoga segala ujian dan cabaran yg ALLAH berikan kepada kita ini akan menanbah keimanan dan ketakwaan kita kepadaNYA.. insyaallah..



Isnin, 12 April 2010

PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KPD ANAKNYA


wahai anakku....


1. janganlah mensyirikkan ALLAH kerana syirik adalah sebesar-besar kezaliman...

2. TAATilah dan berbuat BAIK kepada kedua ibu bapa .
ALLAH akan membalas semua amalan walaupun sebesar biji sawi...

3. dirikanlah SOLAT...

4. ajak manusia ke arah KEBAIKAN dan TEGAHlah mereka daripada melakukan kemungkaran....

5. BERSABAR terhadap apa yang menimpa kamu...

6. jangan BANGGA diri...

7. SEDERHANALAH dalam berjalan dan LUNAKkanlah suaramu kerana seburuk-buruk suara ialah
suara keldai......

Isnin, 22 Mac 2010

LEMBARAN BARU


setelah si kasutbaldu melihat hasil usaha selama ini ...
kasutbaldu rela dengan keputusannya..
walaupun si kasutbaldu x dapat memenuhi janjinya dng cikgu untuk mendapat straigths A...
namun si kasutbaldu tetap b'syukur dengan apa yg diperoleh..
si kasutbaldu still boleh smbung belajar...
syukur2...

kejayaan yg kasutbaldu peroleh ini adalah hasil
usaha dan sokongan guru2 , rakan2 , dan doa dari ibubapa serta adik2 di sekolah...
jutaan terima kasih kasutbaldu ucapkn kpd semua...
segala sokongan dan bantuan yg diberikan amat kasutbaldu hargai...

kasutbaldu akan teruskan perjuangan ini sampai ke akhir hayat...
insyaallah...
berikn kasutbaldu sokongan dan semangat yang baru...
semoga setiap yg kasutbaldu lakukan akan diberkati dan dirahmati ALLAH...
amin3...

Jumaat, 12 Februari 2010

rentetan kehidupan si kasutbaldu

Hari ini 12/02/2010 aku kembali melawat sekolah....
mmm , banyak perubahan yg berlaku ,
tp dah lumrah alam ... tiada yang kekal...
yg lama akan bertukar baru...

detik yg dah lama ku lalui..
hari ini ku imbas kembali....
belajar di makmal fz....
berjalan di corridor asrama ...
mengukir senyuman kpd pendidik yg berjasa...
semuanya menjadi indah...

bila ku menjejak kakiku di situ...
kerinduan semalam terubat...
tika ku menatap wajah guru - guru..
ku lihat keikhlasan yg mereka beri selama ini...
tidakku sangkal kebenaran itu.................

kadang - kadang pernahku terfikir...,
alngkah seronoknya jika zaman persekolahan itu
dapat diputarkn kembali......
aku pasti boleh mencorakkan hidupku dengan lebih murni.....
mengumpul seribu pengalaman yg berbeza ..
untuk ku guna di hari muka...............

skarang baru aku tahu.....
manfaatknlah segala yg kita ada masa kini...
untuk kesenangan di hari muka....

Rabu, 3 Februari 2010

hari pertama si kasutbaldu

tika mentari menunjukkan cahayanya di ufuk timur...
si kasut baldu telah bangun dari lena semalamnya...
si kasut baldu bangun meneruskan kehidupan pada hari ini....
bagi si kasut baldu , hari kemarin adalah sejarah yang lepas , yang menjadi panduan & pedoman untuk menjalani hari hadapan ,,,...

si kasut baldu cuba membuka mata untuk melihat dunia luar ,
si kasut baldu cuba menjelajah dunia untuk menimba pengalaman baru dan...
si kasut baldu juga terus menerus mencurah bakti kepada pemiliknya yang setia kepadanya...

tapi apakah yang si kasut baldu akan perolehi ???
adakan yang diperolehnya kebahagiaan , ketenangan ataupun kesedihan , kegagalan ??

bersama-sama kita nanti di lembaran seterusnya...............