Sabtu, 17 Mac 2012

MENCARi CINTA sehebat RABIAH


perjalanan panjang tiada penghentian
ku susuri dengan penuh kesabaran
walau bermacam halangan mendatang
yang kadang-kadang memutuskan sebuah harapan 
menghentikan langkah yang panjang .

penat lelah telah bersatu di hati ini
namun belum lagi kutemui 
mencari erti sebuah CINTA
CintaNYA yang suci
yang membuka mata hati
menyuluh perjalanan ini.

sungguh ku damba CINTANYA
amat ku rindu kasih suci NYa
selalu ku terbayang manisnya cinTa DIA
tetapi mampukah aku memilikinya ?
memiliki cinta sehebat RABIAH !

Andai dapat ku tulis
nota - nota cinta kepada DIA
ingin ku coret isi hati ini.
hati yang merindui kerinduan kepada DIA .

kadang-kadang diri seolah menyerah kalah
berputus asa mengejar cinta itu
tetapi bila terkenang kisah RABIAH ADAWIYAH
ia mengajar diri ini sesuatu
terus berdoa dan berusaha
kerana
.
.
.
.

kemanisah CINTA tersebut adalah di penghujungnya 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan