Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual
berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati
terdiam...
Akal
bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana
akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing.
Fikiranku melayang
terbang jauh ke
terbang jauh ke
angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga
aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan
yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku
mencintainya kerana Allah.
Kami saling
Kami saling
menasihati kepada kebaikan. Aku mahu
mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan
dia. Apa yang dikata
jangan, sebaik mungkin
jangan, sebaik mungkin
kita elakkan. Apa yang diminta,
seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain
mendkati, bergelodak
mendkati, bergelodak
rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati
terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa
kau ada mengadu
kepadaNya?
kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali
setiap hari. Siang dan
malam!
malam!
Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa
jauh dengannya? Apa
kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati
diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan
kau mengabaikan
Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati
. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya
di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga
Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati
. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya
di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga
untukmu!
Aliran
sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak
disandarkan kepada Allah.
Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan
tangisan hambanya. Allah mahu kau
Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan
tangisan hambanya. Allah mahu kau
kembali mengindahkan
cintamu kepadaNya!
Hati
mulai menangis... Sepi... Kesal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan