Ahad, 22 Jun 2014

Pena yang kering

Aku rindu untuk menulis kembali..
Mencoret bait patah ayat.
Mencurah isi hati, rasa jiwa, idea si akal minda
Yang makin sarat dengan ilmu, pemikiran, solusi n pelbagainya..

Tetapi masa menyengkang segalanya..
Sibuk dengan hal kehidupan..

Sungguh aku rindu untuk kembali mecoret di sini..

Isnin, 19 Mei 2014

MAHAR Dakwah

ALLAH... ALLAH.. ALLAH..

hati ni berdetak mencari makna sebuah kehidupan..
hidup untuk sendiri atau masa hadapan Islam yg gemilang..
hidup pentingkn diri atau hidup utk masyarakat sejagat ?

DAKWAH !!
satu patah kata yang ringkas..
6 huruf yg membawa makna yg berat ..
langkah ini.. nyawa ini.. kudrat ini.. masa & harta ini,
akan ku cuba sepenuhnya utk merealisasikan ia..

Ahad, 24 November 2013

Aku makin dewasa

21 tahun telah berlalu. Banyak perkara telah aku coretkan dalam kamus hidupku..
Dari sekecil2 perkara hingga sebesar2 keputusan yg perlu aku lakukan terhadap diri. 

Kadang kala, terpaksa aku korbankan hati n perasaan aku dan org lain hanya utk meneruskan hidup dgn lebih matang..
Untuk membuat keputusan.. ia amat menguji minda , hati serta iman yg ada..

Mampukan aku terus berdiri teguh sebegini utk terus melangkah ke hadapan tanpa perlu aku bergantung kepada org lain ??

**tepuk dada tnya diri..
"Adakah aku mampu ?? " .... @_@

Isnin, 14 Oktober 2013

Raya haji kali ke 3 @ kuching.

Alhmdulillah dah 3 tahun kt kuching.. maknanya dah 3 kali raya haji kt sini jugak..
Petang sebelum raya, tiba ingatan terlayang ke rumah. Apa la yg dibuat org dikampung nun jauh di sana petang2 nk raya ni.. mengayam ketupat !!!

So petang ni ap yg dibuat kt sini adalah menghias kolej utk sambutan raya esk.. hanya itu termampu. .

Alhmdulillah.. moga masih diberi kesempatan utk pagi raya esk ( 9 zulhijrah 1433 hijrah / 14 oktober 2013 )

Sabtu, 5 Oktober 2013

SUNNY DAY

Alhmdulillah.. masih diberi kesempatan untuk bernyawa dari ALLAH.. :)

Hujan rahmat di kuching :) alhmdulillah

I am in Kuching,10/05 18:55.Weather : Light Thunderstorms and Rain, 26°C, 3.2 km/h.Share by GO Weather EX.http://goo.gl/znfDM

Isnin, 24 September 2012

' DIA untukKU '

picture by : 'adik' saya..
berbicara tentang 'DIA'
jantung mula berdegup tidak sekata..
mataku hanya mampu menatap lantai
merenung sepatu di kaki...
atmaku mula mencongak kata
kata-kata itu bagaikan menusuk jiwaku
bait ayat yang terluah mencorak rasa di hati
pedih, sayu, sakit, gembira, sayang, cinta
semuanya bercampur aduk 
tidak mampu ku pisahkan lagi.

siapakah "DIA" yang aku rasakan ini ?.
adakah 'dia' itu seorang insan yg makin hari makin aku sayangi
mungkinkah 'dia' adalah manusia segak
 yg kini telah tegak berdiri dihadapanku tanpa aku sedari ?
ataupun "DIA" yang telah aku lafazkan janji pertama 
sebelum aku menjejak kaki di alam dunia ini ?

aku cuba bertanya
menyoal diri sendiri
mengenal hati budi
mencari cahaya kebenaran di hati..

kata orang " minta fatwa dari hati "..
tapi layakkah aku memberi fatwa dari hati ini ??
hati yang imannya bagaikan
mendaki dan menuruni lembah gunung di pulau borneo yang luas ini
bagaikan mendaki curam yg tinggi dan meniti lembah nan landai
 keimananku menurun menaik tanpa aku sedari..
sedang aku asyik merenung sepatu di kaki
memikirkan siapakah sebenarnya 'Dia UntukKU'..
aku dihampiri seorang sahabat
kehadirannya di sebelahku bagaikan memberi suatu jawapan
jawapan yang sebenarnya aku cari
ku pandang wajahnya 
mata bertentang mata
mulut kelu tanpa kata
tetapi hakikatnya hati sedang berbicara

 bertanya aku padanya..
" siapakah 'DIA' untukKU ?"
mataku mula berkaca seribu
tiada jawapan dari sahabatku itu..
dia masih merenung ke dalam mataku
dan renungan itu mula turun ke hati..
keadaan diriku memaksa dia untuk membuka kata..
" wahai sahabat yang aku cintai kerana-NYA..,
cukuplah "DIA Untukmu"..
kerana hanya 'DIA'lah yang berhak ke atasmu..
cintailah "DIA" sepanjang hidupmu, 
Nescaya DIA akan sentiasa mencintaimu"
" duhai sahabatku, cintailah PENCIPTAmu,
dan pasti DIA akan memberi pencinta yang ikhlas mencintaimu kerana-DIA"


p/s : terima kasih sahabat.. sesungguhnya baru aku tahu
~~~ "hanyalah DIA untukku.. selamanya " ~~~