Jumaat, 19 November 2010

ATAS NAMA CINTA



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

PERMATA YANG DI CARI..



Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

*amat bermakna buat diriku...

Sabtu, 6 November 2010

kronologi hidupku sepanjang cuti ini


hari ini , hari terakhir aku menulis blog , sebelum aku pulang ke kolej kesayangan ...

lepas ini belum tentu la aku mempunyai masa untuk meng up date blog ku ini . tp sedaya upaya akan ku cuba meluangkan masa dan mencoret buah fikiranku di sini ...


sepanjang percutianku yg seminggu lebih ini , aku telah mempelajari pelbagai perkara baru , yg xmungkin akan aku jumpa dalam kehidupanku . belajar mendengar masalah orang , belajar mencari jalan penyelesiaan dan sebagainya . aku harap dengan pengalaman ini , aku akan menjadi seorang yg lebih matang dn cekal dalam menenpuh kehidupan yg akan datang .

ku temui ramai sahabat2 yg baru , yg banyak berkongsi cerita dan pengalaman mereka . terima kasih antum sekalian .


lepas ini aku akan mulakan kehiupan yg baru di kolej , dengan sylibus yg baru yg sedikit sebanyak akan memeningkan kepalaku ini . tp akan ku cuba menguruskannya sebaik mungkin kerana ku tahu dan ku percaya tiada apa yg tak boleh aku lakukan ... untuk menyelesaikan masalah , kita perlu berfikir betul2 , menimbal apa kelebihan dan kebrukan kepada diri kita , masa depan kita dan org disekeliling kita hasil daripada keputusan yg akan kita buat ..


seminggu dari sekarang , aku akan pulang kembali , menyambut Aidiladha . selama seminggu diberi cuti .. hhmm... insyaallah akan ku kembali men up date blog ku ini.. lepas abis cuti raya haji , akan ku extendkn cutiku itu utk bermusafir ke kuala lumpur untuk melihat konvo mak kesayangan aku at PWTC on 21 Nov until 23 ov 2010 . harap sangat2 musafir kami ini selamat pergi dan kembali . insyaallah ...


jumpa lagi blog kesayangan ku . kepada sahabat ku . teruskan meng up date blog anta , nnti ana ada masa ana nk lawat ya... jangan marah komen ana yg lepas... cheese.... hehehe :)

rintihan hati ini


akn ku pendamkn perasaan ni,

akn ku rahsiakn rasa hati ini ,

biarlah hanya aku yg tahu .

utk melindungkan kasih yg telah lama berputik ,

biarkanlah ia tersembunyi di dasar hatiku ini ...



ku pohonkan pertunjuk darimu Ya Illahi ,

hadirknlah padaku insan yg benar2 sejati ,

biar bisa menemani kesepian yg menghantui ku ini ,

dan yg bisa mendamaikan sekeping hati ini..



berikanlahku ketenanganMu yg abadi ,

utkku menghadapi resah dan gelisahnya hati ku ini

yg mendambakn kasih insan yg belumku pasti..


hanya ENGKAU yg mengerti hatiku ini

di hati ini , sesungguh aku amat merinduimu .

hanya dengan ketulusan sanubari ini yg memberi kesabaran untukku menantikan hadirnya dirimu .


hanyalah kau yg akn menjadi pilihnku.

kerana tempoh menanti kehadiranmu itu ,

telah menguji kekuatan dan ketentuan iman insan yg menantimu ini....


Khamis, 4 November 2010

tps kembalikan semangat


salam ukhuwah fillah ...


saudara saudari yg diberkati ALLAH sekalian ,

kadang kala , dalam mengejar keduniaan dan akhirat ,kita perlu menempuh pelbagai halangan dan dugaan. tak kira senang ataupun susah . tetapi kadang2 kesusahan itu melunturkn semangat kita untuk terus berjuang . demi memastikan perjuangan kita berjaya , kita perlulah sentiasa bersemangat ..

tips untuk kembalikan semangat : :)


1. nawaitu ( niat ) kita kena betul dan tepat seiringan dengan matlamat kita . sebagai seorang muslim , janagnlah kita mengetapikan perkara ini kerana setiap perbuatan baik yang diniatkn kerana ALLAH semuanya akan diberi ganjaran pahala . Contohnya : sbgai seorng pelajar , sblum kita melangkah ke kelas , niatlah segalanya kerana ALLAh , insyaallah barakah ALLAH sepanjang hari milik kita .


2. kita perlulah mempunyai matlamat yang nyata . contohnya : " hari ini aku akan belajar ________ sampai aku menguasainya dengan baik " insyaallah kita akan peroleh kembali semangat kita .


3. ingatlah pesan mak dan ayah kita . setiap ibu bapa inginkn anaknya cemerlang dalam pelajaran ,. mereka akan selalu mengingatkan anak mereka supaya belajar bersungguh-sungguh utk masa depan yg lebih cerah kerana dengan ilmulah seseorang itu boleh merubah situasi keluarga dan diri .


4. yang paling utama , sentiasalah berdoa agar dipermudahkan segala urusan kita , berdoalah supaya kita menjadi seorang yg rajin , menghormati pendidik , seorang yg sentiasa bersyukur dan seorang yg pndai memanfaatkan masa dan peluang . sesungguhnya doa itu adalah senjata yang paling tajam dan ubat yg paling mujarab... insyaallah dimakbul doamu.


5. mohonlah maaf jika kita ada salah dengan siapa2 kerana dengan ketenangan hati , insyaallah kita akan kembali bersemangat untuk terus berusaha . mintalah nasihat daripada rakan , ibubapa , guru dan lain2. mintalah kata2 semangat dari mereka..


dengan coretan yg tak seberapa ini , ana harap kita sama2 dapat meng accelerate kn semangat kita demi memperoleh kejayaan yang infiniti di dunia dan akhirat...insyaallah



Rabu, 3 November 2010

DOA RABITHAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

SOLAT SELEPAS HAID (perkara yg dipandang ringan)


kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan

ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;

"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"

pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!