Jumaat, 4 Februari 2011

FANTASI ALAM MAYA


Dalam rancak senda gurau
hanya bertinta pada maya
tanpa sedar membenih sayang
berkembang mekar bunga cinta
rahsia keajaiban yang unik
membuka kunci hati
sering terbuai ke alam fantasi
hingga terbawa dalam mimpi
melakar kisah tentang kita
buat aku sering merindu

Kegilaan ku pada mu
bukan nyata ku buat-buat
atau sengaja berpura memuja
ia lahir dari lubuk jiwa
kerna ku tak tahu mengapa
hanya menatap potret mu
bisa buat jantungku pantas berdenyut
hati jadi lapang bahagia
dan serasa jiwa kita bagai menjadi satu

Tetapi, kuatnya ikatan fikiran
menarik kembali mengintai dalam rahsia
memujuk bersama yakin dan redha
segala ketentuan terletak pada Maha Pencipta!
betapa hebatnya panahan cinta mu
anehnya rasa cinta ini yang ku alami..

Aku tahu, kau punya banyak pilihan
dan aku tahu hati mu telah kebal
dengan segala pujuk rayu dan madah cinta..
mahu pun usikan manja menggoda
dan aku juga tahu yang hati mu telah ada
jantung hati yang bertakhta..
siapakah dia yang bertuah?
dapat mendakap mu penuh erat?

Selasa, 1 Februari 2011

ERTI DOA SEORANG SAHABAT


Warkah bermula... ERTI DOA SEORANG SAHABAT

Terdapat seorang pemuda bersama sahabatnya yang menaiki sebuah kapal yang sama… menuju ke suatu tempat.
Dengan taqdir Allah, kapal yang dinaiki telah terbocor, lalu mula karam sedikit demi sedikit… Alhamdulillah, lalu kedua-dua mereka berenang dan terus berenang untuk menyelamatkan diri, hinggalah tiba di sebuah pulau yang sunyi lagi kosong…

Ternyata, pulau tersebut tiada berpenghuni, malah kering kontang tiada sebarang pohon dan wadi…
Mereka terus saja bersama, berdoa dan berdoa kepada Allah mudah-mudahan diberi jalan keluar, atau paling tidak diberi makan dan minum untuk meneruskan hidup…Namun, setelah sekian lama, sepertinya doa mereka masih belum dimakbulkan Tuhan…
Sehinggalah suatu hari pemuda tersebut berasa hampir putus asa…
Lalu mencadangkan kepada sahabatnya agar mereka memisahkan tanah pulau tersebut kepada dua daerah, dan mereka tinggal di daerah masing-masing…
Pada fikirannya, mungkin salah seorang daripada mereka orang yang jauh dengan Tuhan, lalu kerana itulah doa mereka belum dimakbulkanNya…Sahabatnya hanya mengangguk bersetuju tanpa membantah…
Bermulalah kehidupan mereka secara berasingan…Si pemuda mula berdoa kembali kepada Tuhan… memohon agar diberikan minuman kepadanya…
Di taqdirkan Allah, kawasan tanahnya mula mengeluarkan beberapa pancutan air mata air dari tanah…
Alangkah gembiranya pemuda itu, lalu dia menjenguk ke daerah sahabatnya, dan dilihat tanah di situ masih kering kontang tanpa setitis airpun….
Pemuda itu terus lagi berdoa kepada Allah, kali ini dia memohon semoga Allah memberikannya makanan pula…
Dengan izin Allah, beberapa pohon buah-buahan mula tumbuh dan hidup subur di tanah daerahnya…
Sekali lagi dia menjeguk ke daerah sahabatnya, dan dilihatnya tiada sebatang pohon pun yang berdiri di situ..Masih sama kering kontang dan lapang seperti hari pertama mereka tiba di situ…
Sekarang, dia mula yakin bahawa doa-doanya kini memang dimakbulkan Allah….dan sebaliknya doa-doa sahabatnya itulah yang tidak dimakbulkan Allah…
Dan tahulah dia mengapa semasa mereka tinggal bersama, doa-doa mereka tidak dimakbulkan Allah…
“Pasti kerana dia itu seorang yang jauh dengan Tuhan…kerana itulah doanya tidak dimakbulkan…”
Lalu, pemuda itu dengan keyakinan bahawa doanya sentiasa termakbul, terus berdoa meminta, meminta dan meminta pelbagai lagi…
Hinggalah kemuncaknya, pemuda itu memohon kepada Allah agar dapat keluar dari pulau itu dan kembali ke perkampungannya…
Dengan taqdir Allah, tiba-tiba dilihatnya ada sebuah perahu hanyut tanpa tuan menghampiri pulau tersebut…
Dengan perasaan gembira yang amat sangat, dia pun menaiki perahu tersebut lalu meninggalkan pulau itu…
Setibanya di kampung halaman, dia bertembung dengan seorang tua yang sangat terkenal alim dan warak di kampungnya itu…
Orang tua itu memandangnya dengan penuh kehairanan… Lalu orang tua itu menegur,
“Mana sahabatmu yang seorang lagi???”
Pemuda itu jadi kaget, tapi berusaha untuk berlagak biasa, lalu bertanya kembali kepada orang tua itu…
“Sahabat yang mana satu?”
“Sahabatmu yang di pulau itu..”
Terkejutlah pemuda itu pabila mendengarkan jawapan orang tua tersebut….Lalu pemuda itu menceritakan kepada orang tua itu kisah dari mula dia sampai hinggalah hari dia mendapatkan perahu yang membawanya pulang ke kampung….
“Lalu, apakah saya harus menolong membawa pulang sahabat saya itu, sedangkan Allah sendiri tidak memakbulkan doanya?!”
kata pemuda itu lagi. Lantas orang tua tersebut pun menjawab…
“Tahukah engkau, sesungguhnya sahabatmu itu hanya ada satu doa sepanjang dia di pulau itu, dan satu-satunya doa beliau telah pun di makbulkan kesemuanya oleh Allah…”
“Apa doanya?”
pemuda bertanya sedikit teruja..
“Sesungguhnya, sepanjang waktu, dia hanya meminta agar Allah memakbulkan semua doa-doamu yang sedang di dalam kesusahan dan kegelisahan…Dan sesungguhnya satu-satunya doa beliau itu telahpun diperkenankan oleh Allah…”
Maka terduduklah pemuda itu, merasa terharu dan keinsafan….
Subhanallah… masyaAllah… Allahu Akbar….
Bertuahnya pemuda itu mempunyai seorang sahabat yang semulia itu…alangkah bertuahnya … alangkah bertuahnya.. alangkah bertuahnya dia…
Maka, Saya akhiri kisah hidup pemuda itu dengan satu pertanyaan….
“Apakah tuan yang mulia sudi menjadi sahabat saya…dan sudi memberikan saya peluang menumpang barakah tuan…?”

Warkah tamat...

Hm...indahkan kandungan warkah tersebut...Hanya saya di warkah itu tidak tercatat jawapan daripada sahabat si penulis warkah. Kalaulah kita dapat mengetahui pula jawapan dari sahabatnya itu... Bagaimana agaknya mereka sekarang. Mudah-mudahan mereka menjadi sahabat fillah... Dan mudah-mudahan kita juga mempunyai sahabat sebaik sahabat pemuda yang di dalam cerita itu...Amin..

ana share dr sahabat ana :)

DAIRI 01/02/2011


petang ini aku sendirian lagi..

menunggu ketibaan ayahda tercinta menjemputku pulang...

di tepi tasik ini aku bertafakur, mengenangkan hari2 ku yg lepas...

bertemankan tiupan angin sepul2 bahasa ,

menyapa wajahku lembut..

bertemankan alunan2 nasyid yg menjadi pilihanku ,

ku tarik kembali bilah2 kenangan silam agar kembali segar di memoriku...

aku teringat kenangan bersama mereka .. guru2 kesayanganku , sahabat2 seperjuanganku , admire2 terdahulu , angan2 kuno yg pasti tidak dapat ku realisasikan...

terasa damai , aman , tenang bila mengenangkan peristiwa2 tu...

tiba2 aku teringatkan hal ini ...

perjuanganku kini berbaki lagi 2 bulan. aku perlu terus mengacceleratekan segala usaha , segala tindakan yg aku perlu lakukan utk menhadapi imtihan besar pada bulan 4 nnti...

aku lelah dgn ragam makhluk disekelilingku . siang malam semuanya bermain dibenak hatiku.. atma ku menjadi tidak stabil dgn suasana ini . memikirkan akn hala tuju hidupku masa hadapan , aku jadi mengalah . hanya reda pada takdir Allah...


aku mahukan ketenangan . pengertian kehidupan , aku mahu segalanya...

tapi mampukah aku memilikinya ???

aku tidak tahu ,

aku tak pasti,

aku perlukan keyakinan....

permudahkan ia utkku ya ALLAH..

..

...

....

......

----------------------------------------fisabilillah --------------------------------------

selasa , 6.48ptg

<01.02.2011>

Rabu, 19 Januari 2011

KU SUDI JADI ISTERI KEDUA MU !!!


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. "Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat. Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya. "Saya ingat kita lama berkawan, awak maujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak. "Tak. Maksud saya…" "Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar. "Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua asih bwak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya. Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya. "Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah. Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut. Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah. "Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu. "Sudi," jawab Nusaibah ringkas. "Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni."Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu. "Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu. "Baiklah," jawab Syazni tersenyum. Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untukmembantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya."Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah. "Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu. "Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya. "Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum. "Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini. "Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta. "Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut "Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni. "Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya. "Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar. Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang. "PERJUANGAN, " jawab Syazni.

************************************************************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan! Jika dirimu bakal seorang isteri… Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan… Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam! Jika dirimu bakal seorang suami… Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya. Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu… Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

Selasa, 18 Januari 2011

DAIRI SEORANG HAMBA


assalamualaikum ,salam ukhuwah , salam dakwah...

qaulan qarima , ahlan wasahlan ya marhaban ...

hari ini aku telah belajar sesuatu . mendalami diriku sendiri...

mengenali kelemahan dan kekuranganku , mengetahui kelebihan yg aku punyai....

aku punyai kelebihan tersendiri , yg x mahu ku khabarkn... biarlah hanya insan yg mengenaliku sahaja yg mengetahui... tp jika nk dibandingkan dgn kelemahan dan kekurangan aku , teryatalah aku masih banyak lagi kekurangan ....

kekurangan ini telah membuatkn aku menjadi seseorang yg tdak sempurna dan tidak lengkap utk diriku sendiri dan org disekitrku.. aku tahu , tiada siapa yg betul2 smpurna di dunia ini.. kelemahan aku ini membuatkn aku merasa tidak layak di sayangi dan di dampingi oleh sesiapa ... bagaimana cara untukku menghkis rasa yg semakin berpadu ini ?

aku cuba utk mencari jawapannya sndirian , mencari jalan penyelasiaan masalah ini , mencari methode utk ku tangkis rasa yg sebegini... namun tidakku temuinya.... aku berbicara dengan diriku sendiri untuk tidak putus asa mencari solusinya kerana aku x bisa berkongsi masalah yg membelenggu diriku ini kerana aku tdak mahu membebankan sahabat2 seperjuanganku dengan masalah yg aku tanggung ini.....

maaf sahabat.. aku tak mahu bebankan antum semua....

Sabtu, 15 Januari 2011

semalam..


semaLam aku xbisa lena ,
aku dibuai kenangan ,
aku teringat akan seseorang..
tetapi mengapa ?
mengapa harus aku merasainya ???

aku sedar aku bukanlah yg terbaik utk si dia,
banyak kurangnya aku berbanding si dia..
aku tahu aku hanya insan biasa .
aku tak berhak kepada mu..

aku hanya boleh memberi buah fikiranku ,
hanya kau yg boleh memberikn jawapannya..
aku reda..
aku rela..
jika suatu masa nnti aku terpaksa kehilanganmu..
walaupun aku terpaksa membuang rasaku..
aku reda...

....
.......
.................

aku reda

Ahad, 2 Januari 2011

mimpi semalam


tika malam menghamparkn damainya , tika bulan memancar serinya , tika hujan menitis airnya ...
aku terjaga dari sebuah mmpi .. mimpi yg amat bermakna buatku.. mimpi indah idaman semua.. aku tenang , aku gelisah , aku gundah.. teringatkan insan jauh yg sedang bertarung dengan kesakitan , dengan kesakitan...

bagaimana bisa aku membantunya??
persoalan pertama yg hadir di benak hatiku..
DOA!!! itulah yg terbaik...
inginku pinjamkan kudratku , aku x mampu ...
inginku berikan khidmatku , x aku jauh baribu batu...
ingin aku lakukn segalanya , tp aku x berdaya....
aku rela dengan semua ini...

mungkin ini bukan masanya utk aku berkorban ,
mungkin ini bukan waktunya utk aku berjuang ,
mungkin ini bukan caranya utk aku membatu...
tp mungkin inilah petunjuknya untuk aku terus berusaha dan sabar utk menhadapi ujian dari-NYA..

ku mulakan langkahku...
untuk bersama dia , mengembalikan kegemilangan agama-MU
akan ku cuba berganding bahu melahirkan mujahid dan mujahidah utk agama-MU
akan ku dan dia mendidik syabab2 utk masa depan..
mugkin kini kegemilngan agama-Mu x dapat kami pejuangkn ,
tp INSYAALLAh dengan kuasa-Mu akan kami kembalikan ia...

bergabunglah denganku wahai insan yg ku rindu..
agar bisa kita perjuangkn mtlamat nie bersama..
agar kita bisa kembalikan kegemilangnya ...
agar kita bersama2 , menunaikan janji kita....

insyaaallah...